Sediakan Payung Sebelum Hujan

Click for Sibu, Malaysia Forecast

Sahabat ketawa bersama senang dicari, Sahabat menangis bersama sukar dicari.

>> Wednesday, February 16, 2011


Pada 13/2/2011. saya telah kehilangan seorang sahabat perjuangan sejati dalam bidang Bimbingan & kaunseling bahagian Sibu iaitu Encik Lubok Jawan dari SMK Durin (Dalam gambar sebelah kiri saya). Saya cuma sempat menjenguk keadaan mendiang yang koma di hospital Sibu sehari sebelum mendiang meninggal Semoga rohnya dicucuri rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Saya mengenali mendiang lebih 11 tahun yang lalu, seorang sahabat yang pemurah, pendengar yang baik dan periang. Apakan daya Tuhan telah menjemput mendiang. Bagi yang mengenali mendiang, sama-samalah kita berdoa untuknya dan semoga ahli-ahli keluarga mendiang dapat mengharungi dugaan ini dengan penuh kesabaran dan tabah.

Sahabatku Mendiang Cikgu Lubuk,
Hati manusia hanya mencintai sekejap…..kaki hanya bisa melangkah sejauh lelah….Tetapi sebuah persahabatan adalah keabadian yang sangat bernilai buatku…..
Ketahuilah…salah satu hadiah terindah yang pernah ku dapat adalah mengenalmu dan bersahabat denganmu…
*Untuk yang masih tinggal di dunia ini, jadikan hari-hari yang kita lalui ibarat sekuntum mawar. yang kelopaknya bisa gugur ke tanah pada bila-bila masa sahaja. begitu jua kita. senyuman, ibadah, sedekah dan pertemuan kita pada hari ini mungkin yang terakhir. dan tiada lagi pada hari esok. hargai setiap detik masa dan nafas kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP