Sediakan Payung Sebelum Hujan

Click for Sibu, Malaysia Forecast

Sahabat ketawa bersama senang dicari, Sahabat menangis bersama sukar dicari.

>> Wednesday, February 16, 2011


Pada 13/2/2011. saya telah kehilangan seorang sahabat perjuangan sejati dalam bidang Bimbingan & kaunseling bahagian Sibu iaitu Encik Lubok Jawan dari SMK Durin (Dalam gambar sebelah kiri saya). Saya cuma sempat menjenguk keadaan mendiang yang koma di hospital Sibu sehari sebelum mendiang meninggal Semoga rohnya dicucuri rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Saya mengenali mendiang lebih 11 tahun yang lalu, seorang sahabat yang pemurah, pendengar yang baik dan periang. Apakan daya Tuhan telah menjemput mendiang. Bagi yang mengenali mendiang, sama-samalah kita berdoa untuknya dan semoga ahli-ahli keluarga mendiang dapat mengharungi dugaan ini dengan penuh kesabaran dan tabah.

Sahabatku Mendiang Cikgu Lubuk,
Hati manusia hanya mencintai sekejap…..kaki hanya bisa melangkah sejauh lelah….Tetapi sebuah persahabatan adalah keabadian yang sangat bernilai buatku…..
Ketahuilah…salah satu hadiah terindah yang pernah ku dapat adalah mengenalmu dan bersahabat denganmu…
*Untuk yang masih tinggal di dunia ini, jadikan hari-hari yang kita lalui ibarat sekuntum mawar. yang kelopaknya bisa gugur ke tanah pada bila-bila masa sahaja. begitu jua kita. senyuman, ibadah, sedekah dan pertemuan kita pada hari ini mungkin yang terakhir. dan tiada lagi pada hari esok. hargai setiap detik masa dan nafas kita.

Read more...

I Want To Be Like You

>> Thursday, January 20, 2011


Thank you, teacher, for being my life's role model. When I consider all you've taught me and reflect on the kind of person you are, I want to be like you— smart, interesting and engaging, positive, confident, yet unpretentious. I want to be like you— well-informed and easy to understand, thinking with your heart as well as your head, gently nudging us to do our best, with sensitivity and insight. I want to be like you— giving your time, energy and talent to ensure the brightest possible future for each of us. Thank you, teacher For giving me a goal to shoot for: I want to be like you!

Read more...

Teman Sejati @ Kaban

Alangkah senangnya jika kita mempunyai teman yang setia di segala keadaan, baik di saat suka maupun di saat duka. Alangkah senangnya jika kita dapat berbagi apa yang kita rasakan. Alangkah senangnya jika ada orang yang mengerti kita. Dan itulah gunanya seorang teman.
Sebelumnya marilah kita merenung sejenak. Kita menginginkan mempunyai teman yang setia, yang dapat berbagi dengan kita, yang mengerti kita… Namun pertanyaannya, apakah kita sudah menjadi seperti itu?
Apakah kita sudah menjadi teman yang setia di segala keadaan? Sudahkah kita memberikan yang terbaik untuk teman kita? Maukah kita mengerti teman-teman kita?
Mari kita renungkan. Siapa yang akan memulai semua itu kalau bukan kita? Orang lainkah? Haruskah kita menunggu orang itu, jika kita dapat melakukannya?
Ingin mempunyai teman yang setia? Jadilah teman yang setia terlebih dahulu bagi teman anda. Ingin mempunyai teman yang mengerti anda? Jadilah teman yang mengerti mereka terlebih dahulu.
Jika dapat kita lakukan hari ini, lalu mengapa harus esok? Seorang teman sejati sukar dicari. Maka jadilah teman sejati bagi temanmu, maka kamu akan menemukan teman sejati itu.
Seorang teman sejati takkan lenyap kerana waktu, takkan lenyap kerana jarak, takkan lenyap walau kita berubah. Teman sejati selalu setia dan melakukan semua untuk kebaikan kita. Alangkah senangnya mempunyai teman seperti itu.
Apakah kita hanya mau menerima itu? Lantas siapa yang memberi jika semua orang berpikir seperti itu? Alangkah baiknya dan sudah seharusnya bagi kita untuk memberi.
Mungkin kita terpisah oleh ribuan mil lautan. Apa yang dapat kita lakukan bagi teman kita? Berdoalah bagi mereka.
Jadilah seorang teman sejati, maka kamu akan mendapatkan teman sejatimu.

Read more...

Sahabat Sejati

Semua orang pasti perlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya psahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya. Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesusahan. Siapa yg berada di samping anda ??? Siapa yamg mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??Siapa yang ingin bersama ...Siapa yang ingin bersama anda saat anda tidak bisa memberikan apa-apa ?? MEREKALAH SAHABAT ANDA. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. ** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dlm kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita **

Read more...

Anak muridku......

Anak muridku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna

Anak muridku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu

Anak muridku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta

Anak muridku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara

Anak muridku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anak muridku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu

Read more...

Siapakah Guru?

>> Wednesday, January 19, 2011




Don't try to fix the students, fix ourselves first. The good teacher makes the poor student good and the good student superior. When our students fail, we, as teachers, too, have failed.
A good teacher is someone who can learn from his students, who can learn with them, and for them. He also must be honest in his relationships with students, and proud enough about his own value to work, from there, on helping his students to build their own self esteem.

Guru adalah manusia hebat kerana mampu menjadi agen perubahan masyarakat. Guru bukan sekadar menyampai ilmu malah membina ketrampilan diri pelajar yang unggul. Guru yang berkualiti sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru yang bagaimana dikatakan sebenar-benarnya guru?? Harus difikirkan dengan penuh kesedaran kerana menjadi guru bukan suatu tugas yang mudah. Anda perlu ada ketabahan, keikhlasan, keyakinan dan pelbagai lagi cabaran intelek, rohani, emosi dan jasmani perlu disemai dan dipupuk dengan baja kewajaran…Fikir-fikirkanlah…bagi semua guru dan anak-anak didik yang bercita-cita nak jadi guru.

Read more...

Trip ke Hulu Ngemah Kanowit Bersama YB Datuk Aaron Yang Berjiwa Rakyat

>> Tuesday, August 24, 2010

Photo Flipbook Slideshow Maker
Glitterfy.com - Photo Flipbooks

Read more...

Photo Flipbook Slideshow Maker
Glitterfy.com - Photo Flipbooks

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP